Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: MA63 tidak boleh sama sekali dibatal
  • SEMASA

DUN: MA63 tidak boleh sama sekali dibatal

Utusan Sarawak 3 hours ago

Sharifah Hasidah pada sidang DUN hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak berpendirian bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh sama sekali dibatalkan kerana ia merupakan dokumen asas pembentukan Persekutuan Malaysia yang sah dari segi perundangan dan Perlembagaan Persekutuan.

Tinbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri–Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata sebarang cadangan untuk membatalkan MA63 tidak berasas serta bercanggah dengan kedudukan negeri dalam Persekutuan Malaysia.

“Perjanjian Malaysia 1963 merupakan instrumen perundangan dan asas penting tertubuhnya negara Malaysia.  Tanpa MA63, Malaysia tidak boleh ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Chieng Jin Ek (Bukit Assek-GPS) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dalam sebuah podcast baru-baru ini mencadangkan agar MA63 dibatalkan dan Kerajaan Persekutuan tidak patut menghormati perjanjian yang sama yang telah menubuhkan Persekutuan Malaysia selain menyifatkan Sabah dan Sarawak sebagai ‘beban’.

Sharifah Hasidah berkata MA63 termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Malaysia 1963 (Akta 26/1963). 

“Ia juga telah diperakui dalam perkara 1(2) Perlembagaan setelah pindaan 2019 dan 2022 yang mengiktiraf kedudukan ‘wilayah’ Sarawak, Sabah dan Semenanjung.

“Oleh itu, tiada asas perundangan untuk pembatalan MA63. 

“Apa yang boleh dilakukan adalah memantapkan pelaksanaannya dan memastikan hak-hak Sarawak sentiasa dihormati,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Sarawak terus memperkukuh usaha menuntut hak-hak negeri berdasarkan MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 melalui rundingan secara strategik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Sarawak komited memastikan semua hak yang termaktub dalam MA63 terus dipertahankan dan dilaksanakan selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia.

“Ini termasuk hak berkaitan autonomi pendidikan, kesihatan, sumber asli, kuasa imigresen serta hasil negeri yang kini sedang diperhalusi dan dirundingkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 11 perkara utama dalam rundingan MA63 telah berjaya diselesaikan setakat ini, antaranya:

• Penyerahan kuasa kawal selia LPG kepada Kerajaan Sarawak melalui Petros;

• Pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan mengembalikan status Sarawak dan Sabah sebagai rakan sekutu;

• Pindaan tafsiran istilah “Persekutuan” yang kini merangkumi MA63 dan Laporan IGC;

• Kuasa penuh kepada Sarawak untuk mentafsir istilah “native”;

• Pengiktirafan JKR, DID dan JBALB sebagai Jabatan Teknikal mengurus projek persekutuan sehingga RM50 juta;

• Pertukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri;

• Pindaan Ordinan Buruh Sarawak yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2025.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju menaikkan jumlah Geran Khas untuk Sarawak daripada RM300 juta pada 2024 kepada RM600 juta setahun bermula 2025 untuk tempoh lima tahun, sementara menunggu kelulusan Formula Geran Khas baharu yang telah dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan.

Sharifah Hasidah berkata, Sarawak masih giat memperjuangkan beberapa perkara strategik yang belum selesai sepenuhnya termasuk:

• Cadangan menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak;

• Kuasa autonomi pendidikan dan kesihatan;

• Pelaksanaan STEM dan TVET dalam bahasa Inggeris;

• Pindaan bidang kuasa pelancongan ke Senarai Bersama;

• Pelaksanaan Borneonisasi perkhidmatan awam;

• Pembangunan kawasan sempadan Sabah–Sarawak–Kalimantan.

Beliau turut menyatakan bahawa Sarawak kini berada pada landasan kukuh untuk memanfaatkan MA63 bagi meningkatkan kuasa negeri dalam pembangunan sosioekonomi.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: DUN: Keselamatan, kelestarian diperkukuh melalui pindaan Ordinan Bangunan
Next: DUN: BUDI95, 7,480 permohonan pengguna bot diterima di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.