Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Larangan bawa bahan batuan ke luar Sarawak jamin hasil negeri
  • SEMASA

DUN: Larangan bawa bahan batuan ke luar Sarawak jamin hasil negeri

Utusan Sarawak 1 day ago
ROLLAND Duat Jubin (GPS-Meluan) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2025 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Pemberian lesen bagi pengangkutan bahan batuan ke luar negeri disifatkan penting dalam usaha memperkukuh kawalan sumber, menjamin hasil negeri, dan memastikan pematuhan undang-undang serta perlindungan alam sekitar.

Rolland Duat Jubin (GPS-Meluan), berkata pengangkutan bahan batuan tanpa lesen bukan sahaja melanggar peraturan tetapi juga memberi kesan negatif kepada kepentingan awam dan kelestarian sumber.

“Dengan mengenakan denda minimum RM100,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun, kita menghantar mesej yang jelas bahawa sebarang bentuk pelanggaran undang-undang berkaitan sumber alam tidak akan dikompromi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2025 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kelemahan penguatkuasaan dan hukuman yang tidak setimpal sebelum ini telah membuka ruang kepada eksploitasi tanpa kawalan oleh pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus mencetuskan kerosakan alam sekitar, pemindahan komuniti rentan dan risiko rasuah.

Dalam konteks pembangunan jangka panjang, katanya, perancangan menerusi Pelan Pembangunan dan Pelan Struktur Bahagian perlu diberi perhatian bagi memastikan pengurusan tanah berjalan secara menyeluruh dan sistematik.

“Ini termasuk tanah adat serta tanah hak milik Bumiputera yang bukan sahaja mempunyai nilai ekonomi, tetapi turut melambangkan identiti dan warisan budaya masyarakat,” katanya.

Rolland berkata pendekatan tersebut akan membantu mengurangkan pertikaian hak milik, memelihara keunikan sistem pemilikan tanah tradisional, dan pada masa sama mengukuhkan integrasi dasar serta undang-undang negeri.

Oleh Amanda L. dan Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: RUU Kanun Tanah 2025 perkukuh peranan tanah wakaf demi manfaat rakyat
Next: Penipuan dalam talian, ‘phishing’ kekal ancaman siber paling berleluasa – Interpol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.