Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Langkah strategik perluas penyertaan kepimpinan negeri
  • SEMASA

DUN: Langkah strategik perluas penyertaan kepimpinan negeri

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO Rolland Duat Jubin (Meluan-GPS) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak ke-19, di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak 2025 mampu membuka laluan lebih luas kepada bakat kepimpinan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak memegang portfolio menteri, kata Dato Rolland Duat Jubin (Meluan-GPS).

Beliau menegaskan ramai ADUN memiliki pengetahuan mendalam, kelayakan profesional serta pengalaman akar umbi yang tinggi, justeru wajar diberi ruang menyumbang pada peringkat eksekutif.

“Melalui mekanisme ini, individu berkeupayaan tinggi yang tidak berada dalam Kabinet pada peringkat awal tetap berpeluang menyumbang kepada hala tuju negeri,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025.

Katanya, pentadbiran moden hari ini berdepan isu yang semakin kompleks termasuk tenaga boleh diperbaharui, transformasi digital, sekuriti makanan, pembangunan tanah adat dan keterhubungan luar bandar yang semuanya memerlukan kepakaran khusus.

“Dengan adanya ahli tambahan yang berkemahiran dalam bidang masing-masing, dasar kerajaan dapat digubal dengan lebih strategik dan menyeluruh,” tambahnya.

Selain itu, langkah berkenaan turut memastikan representasi lebih seimbang bagi kawasan luar bandar, komuniti minoriti dan kawasan pesat membangun di seluruh negeri.

“Dalam era transformasi pesat seperti pembangunan ekonomi hidrogen, industri hijau, infrastruktur moden dan ekosistem digital, kerajaan memerlukan pasukan eksekutif yang mampu bertindak pantas dan fleksibel,” jelasnya.

Rolland menegaskan bahawa pindaan tersebut bukan bertujuan memperluas kuasa, tetapi meningkatkan kapasiti pentadbiran demi kualiti kepimpinan, pembuatan keputusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak perlu Kabinet berskala ‘negara’ bagi urus mandat dan ekonomi RM12 bilion
Next: DUN: Sidang luluskan keperluan tambah jumlah menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.