Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Kerajaan Sarawak kaji semula kadar gaji KMKK, ambil kira beban tugas semasa
  • TEMPATAN

DUN: Kerajaan Sarawak kaji semula kadar gaji KMKK, ambil kira beban tugas semasa

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai (GPS-Kakus) ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak akan mengkaji semula kadar gaji Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) berikutan peningkatan tanggungjawab yang digalas golongan tersebut dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan di peringkat akar umbi.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai (GPS-Kakus) berkata, semakan semula kadar gaji itu penting memandangkan penyelarasan terakhir dibuat pada tahun 2018 dengan kenaikan sebanyak RM100.

Katanya, cadangan kadar baharu akan dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Hal Ehwal KMKK yang dijadual berlangsung pada suku ketiga tahun ini.

“Langkah ini bagi memastikan kadar yang dicadangkan adalah wajar dan sejajar dengan tanggungjawab yang dipikul oleh KMKK di peringkat komuniti,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-19, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang meneliti permohonan pewujudan jawatan baharu KMKK bagi menampung keperluan kawasan-kawasan yang menunjukkan pertambahan populasi serta pembukaan rumah-rumah baharu.

Setakat ini, ujar beliau, sebanyak 923 permohonan untuk mewujudkan jawatan KMKK baharu telah diterima daripada pelbagai bahagian di seluruh negeri.

“Semua permohonan ini sedang diteliti berdasarkan garis panduan yang mengambil kira keluasan kawasan, bilangan penduduk serta pertambahan jumlah rumah di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Permohonan tersebut juga akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas yang sama pada suku ketiga 2025.

Beliau menegaskan bahawa syarat asas bagi pelantikan KMKK baharu ialah sesebuah kampung atau rumah panjang perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 buah pintu atau rumah.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap reaches out to underprivileged families ahead of Gawai
Next: Arab Saudi lihat anak bulan Zulhijah hari ini, penentu hari Arafah dan Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.