Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Kerajaan Sarawak digesa tambah 10 peratus gaji semua penjawat awam persekutuan, negeri – Chong
  • TEMPATAN

DUN: Kerajaan Sarawak digesa tambah 10 peratus gaji semua penjawat awam persekutuan, negeri – Chong

Utusan Sarawak 7 months ago

Chong Chieng Jen

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak digesa untuk memberi tambahan 10 peratus kepada gaji semua penjawat awam (Persekutuan dan negeri) yang berkhidmat di Sarawak, termasuk guru, jururawat dan doktor.

Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) berkata, langkah ini penting untuk meningkatkan pendapatan penjawat awam yang berada di bawah paras purata.

“Berdasarkan Bajet Kerajaan Persekutuan, jumlah keseluruhan gaji yang dibayar kepada penjawat awam persekutuan di seluruh negara untuk 2025 adalah sebanyak RM105 bilion.

“Oleh itu, jumlah gaji penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dianggarkan sekitar RM10 bilion. Dengan tambahan 10 peratus daripada gaji mereka, jumlahnya dianggarkan mencecah RM1 bilion,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahas Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan bahawa jumlah ini adalah mampu untuk ditanggung oleh kerajaan Sarawak, memandangkan ia adalah satu keperluan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat negeri ini.

Dalam pada itu, Chong turut merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Premier Sarawak kepada soalannya yang dikemukakan pada awal tahun ini, yang menyatakan bahawa peratusan pampasan kepada pekerja di Sarawak hanya 16 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak.

“Peratusan ini jauh lebih rendah berbanding purata nasional, di mana pampasan pekerja kepada KDNK nasional adalah 33 peratus, walaupun angka tersebut juga dianggap rendah.

“Dalam bahasa mudah, pekerja di Sarawak dibayar jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Tambah Chong, sudah tiba masanya kerajaan Sarawak berkongsi kekayaan negeri dengan rakyat Sarawak. 

“Saya mencadangkan kerajaan negeri untuk memulakan langkah ini sebagai usaha untuk memastikan rakyat Sarawak menerima bahagian yang adil dari kekayaan negeri mereka,” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: RM2.1 juta untuk projek kolumbarium 
Next: DUN: Atasi segera isu bil elektrik naik susulan pemasangan meter pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.