Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Kemuka surat peralatan rosak akibat gangguan bekalan elektrik
  • SEMASA

DUN: Kemuka surat peralatan rosak akibat gangguan bekalan elektrik

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

PETRA JAYA: Rayuan ganti rugi bagi peralatan elektrik yang rosak disebabkan gangguan bekalan elektrik boleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada Sarawak Energy Berhad (SEB).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, rayuan yang dibuat perlu berserta salinan laporan polis, bukti gambar kerosakan dan resit pembaikan peralatan.

Jelasnya, SEB akan membuat siasatan ke atas kerosakan peralatan elektrik itu selepas menerima dokumen tersebut.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Mohd Chee Kadir (Kabong-GPS) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Tambahnya, sejak 2019 sehingga tahun ini, sebanyak 191 tuntutan ganti rugi telah diterima dengan jumlah RM800,000 yang melibatkan 106 tuntutan ganti rugi telah dibayar sehingga kini.

Ketika ditanya Mohd Chee Kadir mengenai prosedur dan tuntutan ganti rugi bagi kerosakan peralatan elektrik akibat insiden terputus bekalan elektrik di kawasannya.

Menurut Dr. Abdul Rahman, punca gangguan bekalan elektrik di Kabong disebabkan faktor luaran yang menyebabkan kerosakan talian grid.

“Antara gangguan yang berlaku adalah cuaca buruk, banjir kilat, tanah runtuh, tiang patah akibat dilanggar kenderaan, kerja penggalian tanah oleh pihak kontraktor serta pokok tumbang,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan ADUN kabong untuk membuat rayuan sekali gus membawa bukti-bukti salinan untuk memudahkan proses bayaran ganti rugi tersebut.

Oleh Noor Ikmal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: M-FICORD rancang dua inisiatif selain sasar tingkat kadar SSL ternakan ruminan pada 2030
Next: DUN: Putrajaya perlu ikhlas tuntutan tambahan kerusi Parlimen tanpa agenda tersembunyi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.