Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Kadar inflasi di Sarawak menurun kepada 2.4 peratus, pengangguran dijangka kekal stabil
  • SEMASA

DUN: Kadar inflasi di Sarawak menurun kepada 2.4 peratus, pengangguran dijangka kekal stabil

Utusan Sarawak 1 hour ago
Premier Sarawak ketika bercakap pada persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di Petra Jaya. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kadar inflasi di Sarawak menurun kepada 2.4 peratus pada 2024, menandakan persekitaran harga yang lebih stabil.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pada 2025, inflasi dijangka mereda lagi, dengan kadar purata bagi sembilan bulan pertama dicatatkan pada 0.9 peratus.

“Penurunan ini dipacu terutamanya oleh inflasi lebih rendah dalam kategori Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain, yang mencerminkan keadaan harga yang lebih baik serta kos input yang semakin stabil.

“Akibatnya, inflasi keseluruhan bagi 2025 dijangka terus menyederhana, berada dalam lingkungan 1.2 peratus hingga 1.5 peratus, disokong oleh tekanan kos global yang terkawal, keadaan penawaran bertambah baik, dan langkah pengurusan harga domestik yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026), 2025 pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Abang Johari berkata kadar inflasi Malaysia pula dijangka berada antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025.

Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, inflasi menyederhana kepada 1.4 peratus, turun daripada 1.8 peratus dalam tempoh sama pada 2024.

Penyederhanaan ini katanya, mencerminkan tekanan kos global yang berkurang, keadaan penawaran yang stabil, serta ketiadaan permintaan domestik yang berlebihan.

“Rasionalisasi subsidi bersasar dan langkah kawalan harga oleh kerajaam turut membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sementara itu, pasaran buruh kekal stabil, dengan kadar pengangguran pada 3.0 peratus pada suku kedua 2025, iaitu yang terendah dalam sedekad,” katanya.

Mengenai pasaran buruh di Sarawak, Abang Johari berkata, ia kekal stabil pada separuh pertama 2025, dengan tenaga buruh meningkat sedikit kepada 1.257 juta orang berbanding 1.252 juta orang dalam tempoh sama pada 2024.

Keadaan pekerjaan terus bertambah baik, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus.

“Melihat ke hadapan, kadar pengangguran dijangka kekal stabil dalam lingkungan 3.2 peratus hingga 3.5 peratus selaras dengan aktiviti ekonomi yang terus mengukuh.

“Petunjuk-petunjuk ini mencerminkan pasaran buruh yang berdaya tahan dan stabil, disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam sektor utama seperti perkhidmatan, pembinaan dan pembuatan,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak sasar jadi hab sukan serantau 2030, RM117 juta diperuntuk dalam Bajet 2026
Next: DUN: Sarawak mahu agih kekayaan saksama, pastikan tiada rakyat ketinggalan – Premier

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.