Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN Kabong terima 104 projek fizikal di bawah BDDA
  • Selatan
  • WILAYAH

DUN Kabong terima 104 projek fizikal di bawah BDDA

Utusan Sarawak 23 hours ago

Dato Mohd Chee Kadir mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasaan Projek Kawasan DUN N.40 Kabong yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

BETONG: Sebanyak 104 projek fizikal dikenal pasti sedang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong) di bawah seliaan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata pelaksanaan projek berkenaan tidak melibatkan sebarang projek bukan fizikal, sebaliknya memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasaan Projek Kawasan DUN N.40 Kabong yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Mesyuarat tersebut turut disertai pelbagai agensi pelaksana di bawah BDDA.

Menurut taklimat yang dibentangkan, daripada jumlah keseluruhan projek tersebut, 35 projek (34 peratus) telah siap dilaksanakan, manakala 64 projek (62 peratus) masih dalam perancangan dan lima projek (empat peratus) sedang dilaksanakan mengikut jadual.

Dari segi prestasi kewangan, jumlah peruntukan keseluruhan bagi kawasan DUN Kabong ialah RM204,115,561.60, dengan RM51,453,168.79 (25.21 peratus) diperuntukkan bagi 2025. Setakat ini, perbelanjaan semasa mencatatkan RM21,780,580.60 (10.67 peratus).

Chee Kadir menegaskan keperluan agar setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dan manfaatnya sampai kepada rakyat.

Beliau turut mengingatkan semua agensi pelaksana supaya terus memperkukuh kerjasama serta memantau kemajuan projek dari semasa ke semasa.

“Rakyat di kawasan DUN Kabong perlu melihat hasil nyata daripada setiap projek yang dirancang. Kita mahu pembangunan yang benar-benar memberi impak positif kepada kesejahteraan penduduk,” tegasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Unfair blacklisting of scam victim by banks
Next: Dr. Sim serah surat lantikan Ahli Lembaga HDC Sesi 2025–2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.