Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Jurang pembangunan luar bandar jadi fokus penambahbaikan – Dennis Ngau
  • SEMASA

DUN: Jurang pembangunan luar bandar jadi fokus penambahbaikan – Dennis Ngau

Utusan Sarawak 14 hours ago
DENNIS Ngau (Telang Usan-GPS) ketika berucap pada sesi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak 2025, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Dennis Ngau (Telang Usan-GPS) mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan penubuhan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi memberi tumpuan mendalam terhadap pembangunan kawasan luar bandar. 

Beliau berkata, agensi pembangunan seperti Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA) dan Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) boleh diperkasakan di bawah kementerian yang dicadangkan ini.

Beliau menekankan bahawa penambahan anggota Kabinet Sarawak akan menyediakan kapasiti pentadbiran yang diperlukan bagi perancangan ekonomi jangka panjang, pemantauan dan pelaksanaan inisiatif negeri yang utama.

Dennis Ngau berkata, di peringkat luar bandar, usaha segera perlu dilaksanakan bagi merapatkan jurang pembangunan, khususnya dari segi penyediaan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, sekolah dan klinik. Langkah ini, ekonomi komuniti luar bandar dapat dipertingkatkan secara semula jadi.

Beliau turut menekankan kepentingan memberi perhatian khusus kepada komuniti yang tinggal di kawasan terpencil, termasuk rumah panjang yang terletak jauh dan dipisahkan oleh gunung, hutan serta sungai.

Dennis Ngau menegaskan bahawa kekurangan infrastruktur asas seperti jalan raya sepanjang tahun dan bekalan air bersih masih menjadi cabaran utama. Banyak komuniti terpaksa menggunakan sumber sendiri bagi membaiki jalan dan jambatan yang rosak, terutama selepas aktiviti pembalakan yang dahulu menyumbang kepada penyelenggaraan infrastruktur kini berkurangan.

Menurut beliau, ekonomi Sarawak yang kukuh memerlukan struktur Kabinet yang bersesuaian untuk menguruskan tanggungjawab yang semakin berkembang. Penambahan bilangan menteri membolehkan pembahagian tanggungjawab lebih fokus, khusus dan mudah diurus, seterusnya meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan akauntabiliti setiap kementerian.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Tambah menteri bukan penyelesaian, cuma menutup kegagalan mereka – Violet Yong
Next: DUN: Sarawak perlu Kabinet berskala ‘negara’ bagi urus mandat dan ekonomi RM12 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.