Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: JKR siasat punca tanah mendap dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Simunjan
  • TEMPATAN

DUN: JKR siasat punca tanah mendap dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Simunjan

Utusan Sarawak 6 months ago

Datuk Ir Aidel Lariwoo ketika sesi soal-jawab di sidang DUN hari ini. Foto UKAS.

PETRA JAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan menjalankan kerja-kerja penyiasatan secara terperinci untuk mengenal pasti punca pemendapan yang berlaku di 1.5 kilometer (km) dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Simunjan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata ia bertujuan untuk menyediakan cadangan membaik pulih mendapan tersebut.

“Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, pihak JKR Sarawak akan memasang tanda amaran tambahan di lokasi itu.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2025.

“JKR Sarawak akan memasang tanda

amaran tambahan di lokasi dan dijangka siap pada penghujung November 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian soalan Awla Dris (GPS-Simunjan) pada sesi soal-jawab di sidang DUN hari ini.

Aidel berkata projek tersebut adalah cadangan menaik taraf jalan dari jambatan Batang Sadong ke jalan Kampung Sabun, Simunjan.

“Projek ini dianugerahkan kepada Perbena Emas Sdn. Bhd. Nilai skim ialah RM50,000,000,” katanya.

Skop kerja ialah menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 6.2km kepada

spesifikasi JKR R3 dan pemuliharaan jalan sedia ada sepanjang 1km.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: TYT, Toh Puan bakal hadir Pesta Benak Sri Aman 2024
Next: DUN: 15 projek bernilai RM2.1 juta naik taraf kemudahan awam di kawasan homestay

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.