Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Jepak Waterfront bakal jadi mercu tanda baharu Bintulu, pacu ekonomi dan rekreasi
  • SEMASA

DUN: Jepak Waterfront bakal jadi mercu tanda baharu Bintulu, pacu ekonomi dan rekreasi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Iskandar Turkee (Jepak – GPS) ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Persidangan DUN Sarawak ke-19, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Projek Jepak Waterfront dicadangkan sebagai pemangkin pembangunan baharu Bintulu dengan potensi besar dalam menjana ekonomi tempatan, memperkukuh fungsi bandar dan menjadi tarikan rekreasi masyarakat.

Menurut Iskandar Turkee (Jepak – GPS), projek sepanjang 3 kilometer yang dicadangkan bermula dari Pusat Pentadbiran Bersepadu Bintulu (IAC) menghadap Laut China Selatan itu merupakan nilai tambah kepada Jambatan Tun Taib Mahmud, yang kini menjadi mercu tanda baharu Bintulu.

“Jepak Waterfront bukan sahaja akan mencantikkan kawasan pesisir, malah memberi manfaat langsung kepada rakyat Jepak dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.

“Dengan reka bentuk berteraskan teknologi hijau serta elemen etnik dan budaya masyarakat Bintulu, saya yakin Jepak Waterfront bakal menjadi kawasan tumpuan sosial, perdagangan dan pelancongan.

“Projek ini berpotensi membangunkan ekonomi tempatan melalui penyediaan ruang komersial seperti gerai penjaja dan kawasan perniagaan yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Persidangan DUN Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan tersebut akan menyediakan ruang rekreasi awam yang inklusif merangkumi taman rekreasi, trek jogging atau berjalan kaki, gimnasium luar serta tapak perkhemahan, sekali gus mewujudkan kawasan riadah strategik untuk penduduk Bintulu.

“Jepak Waterfront akan menjadi kawasan rekreasi utama masyarakat setempat dan memberi nilai tambah kepada gaya hidup lebih sihat dan harmoni.

“Selain itu, projek tersebut turut menyumbang kepada pengurangan hakisan pantai melalui pemasangan tembok penahan dan pemecah ombak, terutamanya di kawasan berhampiran IAC.

“Langkah ini penting bagi memastikan keselamatan kawasan pesisir dan mengelakkan impak hakisan jangka panjang,” jelasnya.

Beliau menyifatkan Jepak Waterfront sebagai pembangunan strategik yang selari dengan aspirasi kerajaan negeri dalam memperkasa landskap bandar, memupuk aktiviti ekonomi dan mempertingkatkan kualiti hidup rakyat.

“Saya yakin projek ini akan mengubah wajah Bintulu dan menjadi kebanggaan rakyat Jepak,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Cadang laluan bertutup di Kompleks DUN Sarawak tingkat keselamatan dan keselesaan
Next: DUN: Sokong belanjawan berhemat, Wilfred Yap cadang ‘Jalan Hakka’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.