DUN: JENDELA Fasa 2 di Simunjan dijadual bermula awal 2027

Facebook
WhatsApp
ADUN Simunjan, Awla Dris ketika mengemukakan pertanyaan lisan mengenai status pelaksanaan JENDELA Fasa 2 pada sidang DUN Sarawak di Kompleks DUN, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA, 13 Oktober: Pelaksanaan kumpulan pertama inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 di Sarawak dijadual bermula pada suku pertama 2027, dengan kawasan Simunjan turut dalam penelitian bagi peluasan liputan telekomunikasi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, mengenai status kelulusan JENDELA Fasa 2, khususnya dari Kampung Sageng Hulu hingga Kampung Tebuan.

Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti tapak yang bersesuaian bagi pelaksanaan inisiatif itu di Sarawak, termasuk kawasan Simunjan.

Penelitian berkenaan bertujuan mengenal pasti penyelesaian yang bersesuaian bagi menambah baik dan memperluas liputan telekomunikasi susulan masalah gangguan internet yang kerap berlaku serta ketiadaan perkhidmatan telekomunikasi di beberapa kawasan.

Awla turut meminta penjelasan sama ada pelaksanaan inisiatif berkenaan boleh dipercepatkan bagi menangani masalah capaian internet dan liputan telekomunikasi yang dihadapi penduduk.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan pertanyaan lisan kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi pada sidang DUN Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN, hari ini.

Oleh Shikin Mahmud

20 kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 13 Oktober: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat

20 kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 13 Oktober: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat