Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Jalan baharu Nanga Geremai kini siap, hubungkan 10 rumah panjang di kawasan pedalaman Kanowit
  • Tengah
  • WILAYAH

DUN: Jalan baharu Nanga Geremai kini siap, hubungkan 10 rumah panjang di kawasan pedalaman Kanowit

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Ir. Aidel Lariwoo semasa menjawab pertanyaan lisan Allan Siden Gramong (GPS – Machan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Projek pembinaan jalan baharu ke Nanga Geremai, Kanowit di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Ulu Rajang (URDA) telah siap sepenuhnya, 28 Oktober tahun lalu.

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, projek tersebut kini berada dalam tempoh Tanggungjawab Kecacatan (Defect Liability Period) selama 12 bulan daripada tarikh siap.

“Sepanjang tempoh ini, sebarang kerosakan atau kecacatan akan dibaiki oleh kontraktor sebelum jalan ini diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk penyelenggaraan sebagai sebahagian daripada jalan raya negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan lisan Allan Siden Gramong (GPS – Machan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Sebanyak 10 rumah panjang bakal menerima manfaat langsung daripada pembinaan jalan ini, iaitu Rumah (Rh) Balai, Rh Jelian, Rh Julian, Rh Bosko Abang, Rh Geoffery, Rh Donny, Rh Cassidy, Rh Stanly, Rh John Joannis, dan Rh Boniface.

Selain itu, jalan cabang (spur road) turut dibina khusus untuk menghubungkan lima rumah panjang, iaitu Rh Balai, Rh Jelian, Rh Julian, Rh Bosko Abang dan Rh Geoffery.

Projek ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) yang bertujuan memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan pedalaman dan bandar.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 18 individu sertai kempen derma darah di PKOD APM Sarikei
Next: ADUN Engkilili tampil hulur sumbangan mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.