Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Hospital baharu Lundu perlu disegerakan, fasiliti sedia ada tidak lagi sesuai
  • SEMASA

DUN: Hospital baharu Lundu perlu disegerakan, fasiliti sedia ada tidak lagi sesuai

Utusan Sarawak 1 day ago
BILLY Sujang (GPS- Opar) semasa membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Hospital Daerah Lundu kini tidak lagi layak digelar fasiliti kesihatan moden, justeru pembinaan hospital baharu perlu disegerakan bagi memenuhi keperluan kesihatan semasa.

Menurut Billy Sujang (ADUN Opar), Hospital Daerah Lundu yang kini berusia lebih 60 tahun perlu segera diganti dengan hospital baharu yang lebih moden dan selesa.

 “Hospital Lundu kini merupakan salah satu hospital tertua di Sarawak. Majoriti fasilitinya sudah usang dan tidak sesuai lagi untuk operasi kesihatan harian.

“Tapak hospital baharu sudah pun dikenal pasti dan sedia untuk dibangunkan. Saya bersama rakan dari N.3 Tanjong Datu telah membangkitkan isu ini dalam sidang dewan sebelum ini.

“Saya menyeru agar Kerajaan Persekutuan segera meluluskan dan menyalurkan dana pembinaan hospital ini demi kesejahteraan rakyat Lundu dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Tambah beliau, hospital baharu itu bukan sekadar penambahbaikan tetapi satu keperluan asas untuk memastikan masyarakat luar bandar mendapat akses kesihatan setaraf bandar.

Selain itu, beliau turut membangkitkan isu keselamatan pelajar berikutan keadaan bangunan sekolah yang tidak selamat di SK Selampit, Lundu.

“Bangunan tersebut sudah uzur dan tidak sesuai digunakan, namun sekolah tiada pilihan.

“Walaupun ia tidak dikategorikan sebagai sekolah daif secara rasmi, realitinya sangat membimbangkan.

“Saya merayu agar Kerajaan Persekutuan memberikan perhatian serius dan membina semula bangunan ini demi keselamatan murid dan guru,” jelasnya.

Beliau menyokong gesaan Tuan Yang Terutama Tun agar kemudahan asas di luar bandar terus dipertingkatkan demi menjamin pembangunan yang seimbang di seluruh Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Mohammad Duri suarakan isu keperluan asas penduduk N.38 Kalaka
Next: DUN: Pembangunan modal insan sebagai keutamaan untuk kemajuan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.