Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Hamzah Brahim usul skim penempatan semula, sokongan pesara tentera di Sarawak
  • SEMASA

DUN: Hamzah Brahim usul skim penempatan semula, sokongan pesara tentera di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Hamzah Brahim (GPS-Stakan) ketika perbahasan Persidangan Dewan Undangan (DUN) ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Datuk Hamzah Brahim (GPS–Stakan) menegaskan keperluan mendesak untuk penambahbaikan infrastruktur asas dan kebajikan penduduk di kawasannya dalam sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Menurutnya, pembangunan pesat di kawasan Stakan telah menyaksikan pertumbuhan ketara sektor perumahan dan komersial.

Namun begitu, kemudahan asas seperti bekalan air, sistem perparitan, dan jalan raya masih ketinggalan dan perlu diberi perhatian segera.

“Saya telah berulang kali membangkitkan isu ini di dewan yang mulia ini.

“Masalah utama adalah pemaju perumahan yang hanya mengejar keuntungan tanpa mengambil kira keperluan asas, seperti bekalan air, contohnya di kawasan Samarindah,” katanya.

Hamzah turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesesakan tempat tinggal yang dihadapi keluarga muda, yang terpaksa berkongsi rumah sehingga tiga hingga empat keluarga dalam satu kediaman.

Beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan penubuhan Skim Penempatan Semula untuk membantu golongan muda memiliki kediaman yang lebih selesa.

Beliau juga membangkitkan isu kekurangan tenaga kerja di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), yang menurutnya hanya mempunyai kurang daripada 91 staf untuk mengurus pentadbiran kawasan yang luas, termasuk Stakan dan Muara Tuang.

“Bagaimana kita mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada lebih 25,000 penduduk dan 8,000 rumah hanya dengan kekuatan kakitangan yang sangat terhad?” soalnya.

Selain itu, beliau mencadangkan agar jawatan ketua masyarakat ditambah khususnya di kawasan perumahan besar seperti Samarindah, Unicentral, dan Unigarden, yang kini hanya dibantu oleh dua orang penghulu sahaja.

Dalam perbahasan sama, Hamzah turut memberi perhatian kepada kebajikan pesara tentera di Sarawak yang menurutnya masih belum mendapat perhatian mencukupi daripada pihak berkaitan.

“Ramai antara mereka telah menetap di Sarawak, membina keluarga dan menjadi sebahagian daripada komuniti kita.

“Namun, bantuan sedia ada daripada JHEV dan JKMS masih belum mencukupi,” ujarnya.

Beliau mencadangkan agar kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk pesara tentera, termasuk geran khas untuk persatuan, program latihan semula, skim perumahan khas, serta bantuan seperti kad diskaun dan akses kepada kemudahan kesihatan negeri.

Antara persatuan pesara tentera yang aktif di Sarawak termasuk PVATM Sarawak, PVTMS, PVTKR, dan PERIM.

Perbahasan beliau turut menerima sokongan daripada beberapa wakil rakyat lain yang menyuarakan keperluan memperkasa prasarana dan kebajikan komuniti di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Perkukuh industri ruminan, kurangkan kebergantungan import daging
Next: Lo Khere Chiang rebukes Padungan Chong Chieng Jen 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.