Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Gesa naik taraf jalan pedalaman Ulu Baram, demi keselamatan penduduk
  • TEMPATAN

DUN: Gesa naik taraf jalan pedalaman Ulu Baram, demi keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATO Dennis Ngau (GPS-Telang Usan) ketika perbahasan Persidangan Dewan Undangan (DUN) ke-19 di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Dato Dennis Ngau (GPS-Telang Usan) menegaskan bahawa jalan balak dan jalan tanah masih merupakan laluan utama yang menghubungkan penduduk pedalaman Ulu Baram ke pusat bandar seperti Long Lama, Marudi dan Miri.

Menurut beliau, walaupun keluhan mengenai kemudahan jalan berkurangan susulan usaha kerajaan membangunkan prasarana asas, namun keadaan laluan sedia ada masih daif dan membahayakan, khususnya ketika musim hujan.

“Tanpa penaiktarafan, penduduk terpaksa meredah jalan berlumpur dan berlubang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan menyelesaikan urusan kerajaan,” katanya ketika perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Beliau turut merujuk kepada insiden tragik yang mengorbankan seorang pembantu pengurusan murid dan anaknya ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan sebagai bukti nyata risiko yang terpaksa dihadapi penduduk akibat ketiadaan jalan dan jambatan selamat.

Katanya lagi, keadaan ini menyukarkan pelajar, guru serta kakitangan sekolah untuk hadir ke sekolah, manakala para petani dan usahawan kecil mengalami kerugian kerana kesukaran memasarkan hasil mereka ke pekan dan bandar.

Dennis turut membangkitkan kebimbangan berhubung laluan yang terbiar dan tidak diselenggara, yang menyukarkan pemantauan pihak berkuasa serta mendedahkan kawasan tersebut kepada kegiatan haram seperti pembalakan tidak sah dan penyeludupan.

Beliau menjelaskan, keadaan ini semakin memburuk susulan tindakan syarikat-syarikat balak menamatkan operasi mereka, sekali gus meninggalkan jalan dan jambatan dalam keadaan rosak teruk tanpa penyelenggaraan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyokong langkah kerajaan negeri beralih kepada inisiatif perdagangan karbon sebagai sumber ekonomi baharu, memandangkan hutan di kawasan Baram masih dalam keadaan baik dan belum diteroka secara meluas.

“Namun, rayuan kami sekarang adalah supaya kerajaan segera membaik pulih jalan dan jambatan yang ditinggalkan oleh syarikat balak demi kelangsungan hidup masyarakat pedalaman,” tegasnya.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MiRRDA fokus tingkat pendapatan isi rumah melalui projek sawit lestari
Next: PERKESO amnesty urged amid tragic factory death in Kuching 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.