Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Fokus pemerkasaan wanita, sokongan sosial, kebajikan
  • SEMASA

DUN: Fokus pemerkasaan wanita, sokongan sosial, kebajikan

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Fatimah Abdullah ketika berucap pada sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak komited memperkasa wanita, memperkukuh sokongan sosial dan memperluas perlindungan kebajikan untuk semua termasuk warga emas dan golongan rentan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, sebanyak 224 kursus dirancang untuk 2025 merangkumi bidang jahitan (158), kulinari (22), kecantikan (22) serta spa dan urut (22).

Sehingga April 2025, sebanyak 81 kursus telah dilaksanakan, melibatkan penyertaan seramai 2,050 wanita. Daripada jumlah tersebut, 1,518 peserta (74%) telah memulakan perniagaan sendiri, manakala 532 peserta (26%) berjaya meningkatkan kemahiran sedia ada.

Tiga kursus advokasi telah dilaksanakan sehingga April 2025, iaitu Kursus Anti-Scam Literacy (ASL), Pocket Talk, dan ceramah berkaitan keganasan rumah tangga, memberi manfaat kepada seramai 590 peserta.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu keselamatan serta kesejahteraan sosial.

Sementara itu, kerajaan negeri dan Persekutuan turut memperuntukkan sebanyak RM230 juta bagi bantuan kewangan bulanan. Sehingga April 2025, RM98.8 juta telah disalurkan kepada 55,184 penerima.

Bagi bantuan kesihatan bersasar, sebanyak RM6.8 juta diperuntukkan, dengan RM5.8 juta telah dibelanjakan kepada 308 penerima setakat Mei 2025.

Inisiatif Kad Warga Emas (KGC) mencatatkan 324,682 warga emas berdaftar yang mendapat manfaat daripada 1,075 premis dan perkhidmatan. Melalui program Senior Citizen Health Benefit (SCHB), kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi 2025, dengan 176,890 warga emas telah berdaftar, dan 57,252 (32%) telah menggunakan kemudahan yang disediakan, melibatkan perbelanjaan RM8.29 juta.

Kerajaan Sarawak juga meluluskan dasar berkaitan indikator “K” dalam kad pengenalan kanak-kanak yang memperoleh kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. Dasar ini terpakai kepada kanak-kanak yang ibu bapa atau penjaganya merupakan warganegara Sarawak yang mempunyai indikator “K”. Sehingga 30 April 2025, sebanyak 42 permohonan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.

Dalam menangani isu penyalahgunaan dadah, kementerian memperkukuh penglibatan komuniti melalui Pelan Tindakan Menangani Isu Dadah dan Substans yang telah ditambah baik. Inisiatif utama termasuk penglibatan komuniti dalam rawatan, penubuhan Pusat Pembangunan dan Intervensi Komuniti (CDIC) serta memastikan akses rawatan yang berterusan.

Melalui inisiatif Low Income Family Empowerment (LIFE), keluarga berpendapatan rendah yang terlibat dalam isu sosial menerima bantuan one-off dalam bentuk peralatan bagi menjana pendapatan. Sehingga Mei 2025, sebanyak RM863,174 telah dibelanjakan untuk membantu 185 peserta, termasuk 100 dari komuniti pemulihan dan 85 dari kalangan keluarga miskin.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar jadi pengeksport bersih makanan menjelang 2030
Next: DUN: Salcra perkenal sistem SRORS tingkat kecekapan, kurang pembaziran sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.