Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Johnny Pang gesa tindakan segera tangani isu banjir, infrastruktur di Bintulu
  • TEMPATAN

DUN: Johnny Pang gesa tindakan segera tangani isu banjir, infrastruktur di Bintulu

Utusan Sarawak 9 hours ago
JOHNNY Pang Leong Ming (GPS-Tanjong Batu) ketika perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Tragedi banjir besar yang melanda Bintulu beberapa bulan lalu terus menjadi keutamaan apabila Johnny Pang Leong Ming (GPS-Tanjong Batu), membangkitkan pelbagai isu penting berkaitan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dalam perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19.

Menyifatkan banjir tersebut sebagai antara yang terburuk dalam sejarah Bintulu, Johnny Pang mendedahkan bahawa ribuan keluarga terkesan dengan kemusnahan besar terhadap harta benda. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap masih ramai mangsa yang belum menerima bantuan walaupun tidak menginap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat kapasiti penuh.

“Mereka ini turut menjadi mangsa dan tidak seharusnya diketepikan. Bantuan yang dijanjikan semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Bintulu perlu ditunaikan segera,” katanya ketika perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini. 

Dalam usaha menangani bencana masa depan, Johnny Pang menggesa kerajaan mempercepat pelaksanaan pelan tebatan banjir jangka panjang, termasuk menaik taraf sistem saliran yang telah uzur, khususnya di kawasan perumahan lama serta sekitar Sungai Sebiew dan muara Sungai Kemena.

Beliau turut membangkitkan isu kebersihan awam, termasuk masalah berulang limpahan tangki septik di kawasan kediaman dan komersial yang menimbulkan risiko kesihatan serius kepada penduduk.

“Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas dan holistik dalam menangani masalah ini,” katanya.

Dalam aspek pembangunan, Johnny Pang mempersoalkan kelewatan Projek Jejambat Medan yang disifatkan penting dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Bintulu.

Beliau mendesak agar Jabatan Kerja Raya (JKR) memperketat pengawasan agar projek dapat disiapkan mengikut jadual dan tidak membebankan rakyat.

Turut disentuh ialah isu keselamatan industri di Taman Perindustrian Samalaju, yang menurut beliau, sering terpalit dengan insiden letupan serta kelemahan dalam pengurusan risiko.

Johnny Pang menyeru agar kawalan keselamatan diperketat dan penduduk sekitar diberikan taklimat jelas mengenai prosedur kecemasan.

Menyentuh aspek keselamatan awam, beliau menggesa kerajaan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu daripada Gred B kepada Gred A kerana permintaan ini berlandaskan perkembangan pesat kawasan tersebut serta peningkatan kes jenayah seperti dadah dan perjudian dalam talian.

“Dengan kemasukan pelabur asing dan pertambahan pelancong, kehadiran polis yang mencukupi amat penting untuk mengekalkan keamanan. Keselamatan rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dikompromi,” ujarnya lagi.

Mengakhiri ucapannya, Johnny Pang menggesa semua pihak untuk bekerjasama tanpa berlengah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Bintulu terus terjamin. 

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Good response at MBKS service counter 
Next: MiRRDA fokus tingkat pendapatan isi rumah melalui projek sawit lestari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.