Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Fazzrudin selar Violet
  • SEMASA

DUN: Fazzrudin selar Violet

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-Tupong) hari ini menyelar Violet Yong Wui Wui (DAP-Pending) kerana menyentuh motif tidak wajar serta berunsur sindiran terhadap individu tertentu. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Dato Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-Tupong) hari ini menyelar Violet Yong Wui Wui (DAP-Pending) kerana menyentuh motif tidak wajar serta berunsur sindiran terhadap individu tertentu.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak itu berkata adalah tidak wajar bagi Violet dengan memgeluarkan kenyataan terhadap ahli lain atau membuat tuduhan tanpa kesediaan untuk membuktikannya.

VIOLET Yong Wui Wui (DAP-Pending) semasa Perbahasan Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Negeri pada Persidangan DUN, semalam.

“Kenyataan beliau seperti dirakam dalam Hansard yang belum diterbitkan, jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 32(6), yang melarang mana-mana ahli Dewan membuat tuduhan atau sangkaan terhadap ahli lain tanpa bukti kukuh.

“Di muka surat 60 Hansard belum diterbit, Violet berkata, ‘kebelakangan ini ada yang berkata kepada saya, sekarang kalau ada masalah bekalan elektrik, carilah adik Jo…’ dan seterusnya menyebut secara berulang mengenai ‘adik Jo’ dan ‘abang Jo’.

“Di surat 63 Hansard, ADUN Pending ini turut menyampaikan pantun yang secara tersirat menyentuh nama pemimpin tertentu dengan baris berbunyi, “Abang Jo ke luar bawa delegasi, Adik Jo jaga kabel kadang senyap-senyap.”

“Saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 32(6) yang menyatakan bahawa tiada ahli boleh menyatakan motif tidak wajar terhadap ahli lain atau membuat tuduhan tanpa kesediaan untuk membuktikannya,” katanya ketika perbahasan di sidang DUN.

Fazzrudin berkata walaupun ADUN Pending itu mungkin tidak menyasarkan individu secara langsung, penggunaan frasa seperti “adik Jo” dalam konteks yang dibangkitkan berkemungkinan besar menimbulkan persepsi awam bahawa ia merujuk kepada individu tertentu, sekali gus menyemai tanggapan motif yang tidak sewajarnya.

“Walaupun secara teknikal ia mungkin dilihat sebagai kiasan, ia tetap menimbulkan implikasi yang bercanggah dengan etika dan adab mesyuarat dalam Dewan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar Speaker membuat satu keputusan berhubung perkara berkenaan dan meneliti cadangan supaya kenyataan tersebut dikeluarkan daripada rekod rasmi persidangan.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: LIMA’25: Kerjasama pertahanan sudah terjalin sekian lama dengan Malaysia-AS
Next: Malaysia dan Thailand bekerjasama naik taraf kemudahan perhubungan grid elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.