Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Empat skim bantuan untuk pesawah kecil, 2,061 pesawah Kalaka nikmati SBPKP
  • SEMASA

DUN: Empat skim bantuan untuk pesawah kecil, 2,061 pesawah Kalaka nikmati SBPKP

Utusan Sarawak 29 mins ago
Datuk Martin Ben semasa sesi soal jawab pada Persidangan Hari Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak, di Petra Jaya, hari ini. Foto: UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan khusus bagi menyokong pesawah berskala kecil di Sarawak, khususnya di kawasan Kalaka, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben.

Beliau berkata, antara skim yang ditawarkan ialah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) serta Bantuan Benih Padi, yang boleh dimohon melalui Jabatan Pertanian di bahagian dan daerah masing-masing.

Martin menjelaskan perkara itu ketika sesi soal jawab pada Persidangan Hari Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak, sebagai menjawab pertanyaan Mohamad Duri (Kalaka–GPS) mengenai bentuk bantuan kerajaan kepada pesawah padi berskala kecil.

Menjawab soalan tambahan mengenai jumlah penerima bantuan di bawah SBPKP, beliau berkata seramai 2,061 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalaka, melibatkan 704 hektar kawasan tanaman, telah menerima manfaat skim berkenaan pada 2025.

Martin menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh sektor tanaman padi melalui bantuan berstruktur bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pesawah di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Tiada miskin tegar di Sarawak, 32,430 masih dalam kategori miskin 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.