Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Ekonomi Sarawak terus mampan, sektor perkhidmatan pemacu utama 2024
  • SEMASA

DUN: Ekonomi Sarawak terus mampan, sektor perkhidmatan pemacu utama 2024

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Ekonomi Sarawak kekal kukuh pada 2024, didorong permintaan domestik dan inisiatif strategik dengan sektor perkhidmatan dijangka berkembang 6.7 peratus.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semua subsektor perkhidmatan dijangka merekodkan pertumbuhan positif dengan sektor pelancongan kekal sebagai penyumbang utama.

“Ketibaan pelawat ke Sarawak mencecah 4.8 juta pada tahun lalu hasil strategi promosi yang disasarkan dan peningkatan sambungan penerbangan serta infrastruktur pelancongan.

“Momentum ini diteruskan pada suku pertama 2025 dengan ketibaan 1.2 juta pelawat yang turut merangsang pertumbuhan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan serta pengangkutan.

“Sektor pembuatan turut menunjukkan peningkatan hasil berikutan kenaikan pengeluaran Gas Asli Cecair (LNG) meskipun berdepan gangguan operasi seperti bekalan elektrik dan penyelenggaraan berkala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah beliau, eksport LNG meningkat 3.8 peratus pada 2024 disokong oleh permintaan global yang kukuh.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pasaran LNG dijangka mula menyederhana pada suku-suku berikutnya tahun ini akibat tarif balas yang boleh mengurangkan permintaan tenaga dan mewujudkan lebihan bekalan.

“Sektor perlombongan dijangka berkembang 2.3 peratus, disokong oleh pengoperasian medan Kasawari serta pengeluaran petroleum mentah yang stabil, manakala sektor minyak dan gas menunjukkan trend positif pada suku pertama 2025.

“Dalam sektor pertanian, pertumbuhan sederhana sebanyak 2.0 peratus dicapai hasil peningkatan hasil tandan buah segar (FFB). 

“Walaupun kadar pengekstrakan minyak sawit mentah menurun sedikit daripada 19.8 peratus (2023) kepada 19.4 peratus (2024), sektor ini kekal stabil berikutan peningkatan kecekapan pengeluaran,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut bahawa pengeluaran FFB pada suku pertama 2025 meningkat kepada 3.3 tan sehektar berbanding 3.1 tan pada tempoh sama tahun sebelumnya serta prestasi keseluruhan sektor masih bergantung kepada faktor cuaca.

“Sektor pembinaan dijangka mencatat pertumbuhan tinggi sebanyak 8.7 peratus diterajui oleh subsektor kejuruteraan awam yang menyumbang 64 peratus daripada nilai keseluruhan kerja.

“Disusuli subsektor bangunan bukan kediaman sebanyak 13.5 peratus dan bangunan kediaman sebanyak 11.3 peratus.

“Pertumbuhan ini dipacu oleh pelaksanaan berterusan projek infrastruktur dan utiliti di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan trend positif ini dijangka berterusan sehingga 2025,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Tender terbuka bukan cari termurah, tapi terbaik – Douglas
Next: DUN: Kerajaan Sarawak lulus 82 projek SPS, SPK di bawah RMK-12

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.