Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Dua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan diluluskan
  • SEMASA

DUN: Dua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan diluluskan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa sesi soal jawab pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan bagi 2024 dan 2025 pada Persidangan DUN Sarawak ke-19.

Pembentangan dilakukan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II, yang turut memohon agar RUU tersebut dibaca kali kedua. Usul berkenaan telah disokong dan seterusnya diluluskan pada peringkat bacaan kedua dan ketiga tanpa sebarang pindaan pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini.

RUU Perbekalan Tambahan (2024), 2025 memperuntukkan sejumlah RM153,769,197 untuk menampung keperluan tambahan perkhidmatan 2024 yang tidak mencukupi dalam bajet asal. Antara pecahan peruntukan tersebut termasuk, Pentadbiran Am – RM8.57 juta, Pihak Berkuasa Tempatan – RM22.64 juta, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar – RM5.26 juta dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah – RM3.38 juta. 

Selain itu, Dewan turut meluluskan Usul Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2024 berjumlah RM18,924,724. Peruntukan ini merangkumi Projek Khas – RM12.42 juta dan Pembangunan Sektor Pengangkutan – RM6.5 juta. 

Dalam sesi yang sama, RUU Perbekalan Tambahan (2025) turut diluluskan, 2025 selepas bacaan ketiga, bersama Usul Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 seperti yang terkandung dalam Kertas Perintah No. 7 2025.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, turut menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, semasa sesi soal jawab persidangan.

Kesemua rang undang-undang dan usul perbekalan yang dibentangkan diterima Dewan tanpa sebarang pindaan. 

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia akan terus sokong pembangunan pendigitalan dan AI di rantau ini -PM Anwar
Next: Premier Sarawak terima kunjungan hormat MEASAT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.