Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Dua kali gagal siap, Klinik Kesihatan Long Napir terus jejas penduduk Ulu Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

DUN: Dua kali gagal siap, Klinik Kesihatan Long Napir terus jejas penduduk Ulu Limbang

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATO Paulus Palu Gumbang (GPS–Batu Danau) ketika membahaskan usul dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Dato Paulus Palu Gumbang (GPS–Batu Danau) sekali lagi membangkitkan isu kelewatan pembinaan Klinik Kesihatan Long Napir yang sehingga kini masih gagal disiapkan, meskipun telah melalui dua kali proses tender dan pembinaan.

Menurutnya, kegagalan menyiapkan klinik yang terletak di penempatan masyarakat Penan dan Kelabit di pedalaman Ulu Limbang itu terus menjejaskan akses penduduk terhadap perkhidmatan kesihatan asas yang amat diperlukan.

“Projek ini sangat penting untuk masyarakat luar bandar.

“Malangnya, walaupun kerja-kerja pembinaan telah dimulakan sebanyak dua kali, sehingga hari ini ia masih belum disiapkan,” katanya ketika membahaskan usul dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Untuk rekod, projek Klinik Kesihatan Long Napir telah beberapa kali diketengahkan oleh wakil rakyat sejak 2006, dan akhirnya diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dengan kos melebihi RM3 juta menerusi peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Namun begitu, kelewatan yang berpanjangan menyebabkan projek tersebut terus tergendala sehingga kini.

Pada Ogos tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah, memaklumkan bahawa pembinaan semula klinik berkenaan dijangka akan diteruskan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak swasta, pendekatan yang turut digunakan dalam pembinaan Klinik Kesihatan Baram dan Marudi.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan ketara yang menunjukkan projek tersebut akan diteruskan dalam masa terdekat.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, sekali gus mendorong wakil rakyat kawasan terbabit untuk terus memperjuangkan penyelesaian segera demi memastikan keperluan asas penduduk dipenuhi.

Sehubungan itu, Paulus menggesa pihak bertanggungjawab agar segera mengambil tindakan bagi memastikan klinik tersebut dapat disiapkan demi kebajikan dan kesejahteraan masyarakat pedalaman Ulu Limbang.

Oleh Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Penduduk Gunung Ngeli terancam susulan tanah runtuh berulang
Next: DUN: Gesa tindakan segera, bangunan uzur ancam keselamatan di SK Tanjong Bijat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.