Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Cadangan bina jambatan hubungkan Machan-Ngemah beri banyak manfaat
  • SEMASA

DUN: Cadangan bina jambatan hubungkan Machan-Ngemah beri banyak manfaat

Utusan Sarawak 4 hours ago
Allan Siden Gramong bercakap ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026), 2025 di sidanh DUN hari ini.
Foto UKAS

PETRA JAYA: Cadangan pembinaan jambatan Batang Rejang bagi menghubungkan kawasan Machan dengan Ngemah dijangka membawa impak positif kepada penduduk tempatan dan meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan sekitarnya.

Menurut Allan Siden Gramong (Machan- GPS), yang membangkitkan isu tersebut, projek itu bukan sekadar pembinaan jambatan biasa, tetapi merupakan keperluan penting untuk memudahkan pergerakan harian, meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan dan perkhidmatan asas, serta membuka lebih banyak peluang ekonomi.

“Pembinaannya kelak akan mengurangkan masa perjalanan antara Machan dan Ngemah, seterusnya memudahkan rakyat menjalani aktiviti harian dengan lebih efisien,”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Allan Siden juga menekankan bahawa projek jambatan tersebut akan memberi manfaat bukan sahaja kepada generasi hari ini, malah untuk masa depan komuniti di sepanjang Batang Rejang.

“Saya percaya cadangan ini akan mendapat sokongan Anyi Jana (Ngemah – GPS) kerana ia memberi impak positif kepada Machan dan Ngemah,” tambahnya.

Cadangan tersebut kini menunggu pertimbangan lanjut dari kerajaan Sarawak untuk direalisasikan sebagai usaha meningkatkan infrastruktur dan kemudahan asas bagi rakyat Sarawak.

Oleh MASRIN AFFIRAH 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Projek kritikal Daro perlu dipercepat demi kesejahteraan rakyat
Next: Banjir di Hatyai mulai surut, rakyat Malaysia kini boleh pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.