Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: BUDI95, 7,480 permohonan pengguna bot diterima di Sarawak
  • SEMASA

DUN: BUDI95, 7,480 permohonan pengguna bot diterima di Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEBANYAK 7,480 permohonan subsidi BUDI95 bagi pengguna bot di Sarawak diterima, 5,765 disahkan layak.


PETRA JAYA: Sebanyak 7,480 permohonan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pengguna bot di Sarawak telah diterima oleh Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata daripada jumlah itu, sebanyak 5,765 permohonan didapati layak, manakala selebihnya masih dalam proses penilaian.

Beliau berkata setakat ini, kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Pejabat Perbendaharaan bagi menyelaras pelaksanaan program berkenaan.

“Usaha pendaftaran pemilik bot persendirian dan bot panjang turut dipergiatkan bersama Pejabat Residen Bahagian dan Pejabat Daerah.

“Ini merupakan satu daripada usaha Kerajaan Sarawak bagi memastikan penduduk luar bandar dan pedalaman yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menikmati subsidi petrol BUDI95,” katanya.

Beliau menjawab soalan Anyi Jana (GPS-Ngemah) yang ingin mengetahui langkah diambil kerajaan negeri untuk melancarkan pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di kawasan luar bandar.

Pada 13 Oktober lalu, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan untuk memastikan manfaat tersebut dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.- Bernama

Continue Reading

Previous: DUN: MA63 tidak boleh sama sekali dibatal
Next: DUN: MySED fokus perkasakan usahawan belia Sarawak bagi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.