DUN: Belum ada rancangan bina bangunan Mahkamah Bumiputera di Mukah 

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Kerajaan belum ada perancangan untuk membina bangunan baharu Mahkamah Bumiputera di Bahagian Mukah.

Menteri di Jabatan Premier, Datuk John Sikie Tayai berkata ini kerana masih ada ruang mencukupi di bangunan pejabat daerah sedia ada iaitu di Pejabat Daerah Mukah, Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis untuk urusan Mahkamah Bumputera.

Malah katanya, sebanyak 43 kes dicatatkan di Mahkamah Bumiputera di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian setakat ini.

“Sebanyak 24 kes dicatatkan di Mukah dan ia dikendalikan oleh enam kakitangan, dua kes di Dalat dan dikendalikan oleh dua kakitangan, tiga kes di Matu dan dikendalikan oleh enam kakitangan.

“Sembilan kes pula dicatat di Daro dan dikendalikan oleh tiga kakitangan dan lima kes dicatatkan di Tanjung Manis dan dikendalikan oleh tujuh kakitangan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Abdul Yakub Arbi (GPS-Balingian) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam