Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Bekalan elektrik luar bandar diperkasa menerusi program ALAF
  • SEMASA

DUN: Bekalan elektrik luar bandar diperkasa menerusi program ALAF

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Sri Julaihi Narawi bercakap ketika sidang media di DUN, hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak menghasilkan tenaga elektrik melebihi keperluan semasa, namun penekanan kini diberikan kepada peluasan liputan bekalan di kawasan luar bandar melalui pelaksanaan program di bawah inisiatif Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF).

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, sejumlah RM315 juta telah diperuntukkan di bawah program ALAF melibatkan 21,073 isi rumah sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Daripada jumlah itu, 92 peratus atau 19,382 isi rumah telah siap dilaksanakan, manakala selebihnya berada di pelbagai peringkat pelaksanaan. 

“Kerajaan negeri telah meluluskan tambahan RM550 juta di bawah RMK-13 bagi menyambung pelaksanaan ALAF yang dijangka memberi manfaat kepada 30,600 isi rumah.

“Langkah ini akan memastikan lebih ramai penduduk luar bandar mendapat akses kepada bekalan elektrik yang stabil dan menyeluruh,” katanya ketika sidang media di DUN, hari ini.

Beliau menyatakan selain ALAF, sebanyak RM2.38 bilion turut disalurkan menerusi kaedah Alternative Funding bagi melaksanakan 209 projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), di mana 164 projek atau 78.5 peratus telah siap.

“Kementerian juga giat menambah baik sistem bekalan elektrik luar bandar dengan membina talian pengagihan jenis Medium Voltage Covered Conductor (MVCC), talian atas Double Circuit Monopole serta menaik taraf transformer dan pencawang.

“Sehingga kini, 244 kilometer talian MVCC utama telah disiapkan, 233 unit transformer telah dinaik taraf dan 11 pencawang 33 kV telah siap dibina.

“Antara projek yang dikenal pasti termasuk pembinaan pencawang baharu di Kabong, Stenggang dan Lawas serta talian MVCC dari Murum ke Sungai Asap dan Engkilili ke Nanga Kesit,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Sarawak turut mengembangkan potensi tenaga boleh baharu seperti ladang solar berskala besar dan sistem Pumped Hydro Energy Storage di kawasan empangan Bengoh, Batang Ai, Bakun dan Murum.

“Sejak 2016, Sarawak telah mengeksport sekitar 100 megawatt (MW) tenaga ke Kalimantan Barat, dan akan memulakan eksport ke Sabah pada suku keempat 2025.

“Sarawak turut merancang eksport tenaga ke Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei sebagai langkah merealisasikan misi menjadi “Battery of ASEAN” menerusi inisiatif Borneo Power Grid dan ASEAN Power Grid,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Grid bekalan air Sarawak dibahagi tiga wilayah, liputan luar bandar kini 70.5 peratus
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.