Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Balai Polis Lachau bakal dibina, perkukuh keselamatan Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

DUN: Balai Polis Lachau bakal dibina, perkukuh keselamatan Sri Aman

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjawab soalan pertanyaan Datuk Mong Dagang (GPS-Bukit Begunan) di sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan meluluskan cadangan pembinaan Balai Polis Lachau di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman dengan kos keseluruhan RM40.7 juta, sebagai usaha memperkukuh jaringan keselamatan di kawasan luar bandar dan sempadan.

Projek berkenaan dilaksanakan di bawah Projek Sempadan (Sabah dan Sarawak), Kementerian Dalam Negeri menerusi Pelan Pelaksanaan Kelima, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam mempertingkat kehadiran pasukan keselamatan di kawasan strategik.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembinaan balai tersebut akan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat khususnya dari aspek tindak balas keselamatan yang lebih pantas serta pengukuhan kawalan kawasan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mong Dagang (GPS-Bukit Begunan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Menurut beliau, tapak cadangan projek itu terletak di Lot 1252, Blok 12, Daerah Tanah Selanjan dengan keluasan 3.2 hektar di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, yang turut menempatkan bangunan pentadbiran dan kuarters kediaman.

Tambahnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi melaksanakan projek tersebut.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam lori dikompaun parkir di kawasan perumahan
Next: Jalan Pahlawan ditutup sementara akibat kerja kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.