Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Bajet Sarawak 2026 fokus perlindungan sosial, pemerkasaan ekonomi, rumah mampu milik
  • SEMASA

DUN: Bajet Sarawak 2026 fokus perlindungan sosial, pemerkasaan ekonomi, rumah mampu milik

Utusan Sarawak 1 hour ago
Premier Sarawak bercakap ketika pada persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menumpukan Bajet 2026 kepada tiga fokus utama bagi memastikan kesejahteraan rakyat, iaitu perlindungan sosial, pemerkasaan ekonomi, dan pemilikan rumah mampu milik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan kerajaan akan terus memperkukuh bantuan dan peluang kepada rakyat supaya setiap golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat menjalani kehidupan lebih sejahtera dan terjamin. 

“Bagi perlindungan sosial, bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dinaikkan daripada RM557 juta kepada RM640 juta, dijangka memberi manfaat kepada lebih sejuta penerima,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

RM20 juta diperuntukkan untuk Tabung Wakaf Sarawak bagi bayi baru lahir, RM5 juta untuk Bantuan Ibu Bersalin, dan RM3.9 juta bagi memperkukuh Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) di Kuching, Dalat dan Miri. 

Bantuan kesihatan turut diperluas termasuk RM50 juta untuk rawatan pesakit luar warga emas dan RM4 juta bagi Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang.

Dalam pemerkasaan ekonomi, RM2.6 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Wanita dan Keluarga manakala RM2.5 juta disalurkan kepada Program Usahawan Mikro Kebajikan bagi 835 usahawan B40 termasuk ibu tunggal, balu dan OKU. 

“RM600,000 disediakan bagi Program Pemerkasaan Keluarga Berpendapatan Rendah, manakala RM600,000 lagi kepada NGO untuk intervensi sosial komuniti,” tambahnya. 

Bagi pemilikan rumah, RM121 juta diperuntukkan untuk 11 projek perumahan mampu milik membabitkan 1,547 unit di seluruh Sarawak. RM20 juta disalurkan kepada Mutiara Mortgage untuk pembiayaan rumah B40 dan M40. 

Skim Pinjaman Panjang Rumah diteruskan dengan RM50 juta setahun, manakala Skim Bantuan Sewa RM48 juta dijangka memberi manfaat kepada 20,000 isi rumah. 

Tambahan RM224 juta diperuntukkan bagi Skim Penempatan Semula dan Pembesaran Kampung, manakala RM247 juta untuk Projek Naik Taraf Kampung di bandar utama.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Hasil Sarawak diunjur cecah RM13.1 bilion tahun depan
Next: DUN: Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 5.0 hingga 6.0 peratus tahun depan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.