Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Atasi segera isu bil elektrik naik susulan pemasangan meter pintar
  • TEMPATAN

DUN: Atasi segera isu bil elektrik naik susulan pemasangan meter pintar

Utusan Sarawak 6 months ago

Violet Yong

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak digesa untuk mengatasi isu berkaitan bil elektrik yang tinggi berikutan pemasangan meter pintar.

Violet Yong (Pending-DAP) berkata, ramai rakyat di negeri ini meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan bayaran bil elektrik terus meningkat setiap bulan.

Katanya, perkara ini perlu ditangani dan kerajaan harus memberi keutamaan dan keselesaan kepada Rakyat.

“SESCO juga turut bertanggungjawab serta menimbang semula dasar-dasar berkaitan kenaikan bil elektrik ini dengan teliti.

“SESCO harus menimbang semula dasarnya dengan teliti untuk memastikan bahawa rakyat Sarawak tidak menanggung beban kos ini manakala syarikat asing meraih ganjaran daripada kadar elektrik kita yang rendah.”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

ADUN Pending itu turut memaklumkan bahawa Sarawak perlu memastikan setiap pelaburan yang dibuat haruslah membawa manfaat kepada negeri dan rakyat.

Katanya, jika perkara ini tidak dibendung lebih awal bagaimana kerajaan Sarawak mencapai matlamat untuk menjadikan ekonomi negeri ini sebagai negeri berekonomi mampan.

Justeru beliau meminta kerajaan Sarawak untuk terus komited dalam menyelesaikan isu ini secara produktif

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: DUN: Kerajaan Sarawak digesa tambah 10 peratus gaji semua penjawat awam persekutuan, negeri – Chong
Next: Dr Azhar kunjungi Premier Sarawak sempena persaraannya esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.