Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • DUN: Ambil masa 6 hingga 9 bulan selepas meterai perjanjian ambil alih MASwings
  • BISNES

DUN: Ambil masa 6 hingga 9 bulan selepas meterai perjanjian ambil alih MASwings

Utusan Sarawak 6 months ago

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menjangkakan untuk memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) selewat-lewatnya 31 Disember 2024, sebagai langkah memperkukuhkan sektor penerbangan negeri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata perjanjian antara kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) akan membuka jalan kepada pemindahan hak milik MASwings kepada kerajaan negeri. 

Proses ini dijangka mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan selepas SPA ditandatangani, bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

“Walaupun dalam tempoh peralihan itu, MASwings akan terus menjalankan perkhidmatan penerbangan luar bandar (RAS) dan syarikat penerbangan itu akan memohon kelulusan untuk memperluas operasi ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Lee turut menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak merancang untuk menjadikan MASwings sebagai syarikat penerbangan serantau yang akan menghubungkan destinasi dalam jarak empat hingga tujuh jam, menjadikan negeri ini pintu masuk utama penerbangan serantau serta menarik pelaburan asing.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memperuntukkan RM95 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) melalui belanja modal (CAPEX) tahunan.

Beliau juga mengumumkan bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching sedang dijalankan. 

Projek ini bertujuan meningkatkan kapasiti hingga 15 juta penumpang setahun, sekali gus meletakkan Kuching sebagai hab penerbangan serantau bertaraf dunia.

“Langkah-langkah ini diharapkan dapat merancakkan lagi sektor penerbangan Sarawak dan menyokong aspirasi negeri ke arah ekonomi yang lebih kompetitif,” katanya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Bank Islam lancar Hab Usahawan iTEKAD untuk UiTM Cawangan Sarawak
Next: Ringgit kekalkan momentum naik, banding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.