Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: 77 peratus kes selesai, Sarawak perkukuh Mahkamah Anak Negeri
  • TEMPATAN

DUN: 77 peratus kes selesai, Sarawak perkukuh Mahkamah Anak Negeri

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya, hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Mahkamah Anak Negeri Sarawak berjaya menyelesaikan 77 peratus daripada keseluruhan kes setakat April 2026, ketika kerajaan negeri mempergiat usaha memperkukuh institusi kehakiman adat itu.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, pelbagai penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran serta pengurusan kes di peringkat Mahkamah Anak Negeri di seluruh negeri.

“Kerajaan turut meneliti cadangan pindaan Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1992 secara menyeluruh bagi memastikan ia lebih praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.

“Sehingga pindaan tersebut dimuktamadkan, Mahkamah Anak Negeri akan terus beroperasi menggunakan kerangka undang-undang sedia ada.

“Pelbagai langkah proaktif turut dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran dan pengurusan kes mahkamah,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau memaklumkan, daripada 18,799 kes yang direkodkan, sebanyak 14,505 kes telah berjaya diselesaikan, mencatat kadar penyelesaian sebanyak 77 peratus.

John Sikie berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan usaha berterusan dalam memperkukuh keupayaan pengurusan pertikaian serta sistem pentadbiran Mahkamah Anak Negeri di Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: AirBorneo sedia bantu operasi pengangkutan Sukan SEA 2027
Next: Kerjasama Sarawak-Singapura pemangkin rangkaian tenaga ASEAN yang saling berhubung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.