Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: 75 peratus projek perumahan bermasalah diselesaikan hanya 2 peratus dikategorikan bermasalah – Dr Sim
  • SEMASA

DUN: 75 peratus projek perumahan bermasalah diselesaikan hanya 2 peratus dikategorikan bermasalah – Dr Sim

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian bercakap pada Persidangan DUN Sarawak di Petra Jaya, hari ini. 

PETRA JAYA:  Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan  berjaya menyelesaikan 75 peratus projek perumahan bermasalah di negeri ini hasil tindakan bersepadu Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Projek Perumahan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, daripada 647 projek perumahan yang dikenal pasti di seluruh Sarawak, sebanyak 43 daripada 57 projek bermasalah telah berjaya diselesaikan, manakala 13 projek lagi berada pada pelbagai peringkat intervensi.

“Hanya satu projek yang telah diisytiharkan sebagai terbengkalai. Ini bermakna keseluruhan projek bermasalah di Sarawak hanyalah 2 peratus, iaitu satu angka yang sangat kecil berbanding jumlah keseluruhan projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang DUN hari ini.

KERAJAAN negeri komited memastikan industri perumahan Sarawak kekal berintegriti, selamat dan bertanggungjawab demi melindungi kepentingan pembeli serta memastikan pembangunan perumahan berjalan mengikut piawaian. GAMBAR hiasan
 

Menurut beliau, perkembangan positif itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melindungi hak pembeli rumah dan memastikan pemaju mematuhi peruntukan Ordinan Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), 2013.

“Sebagai langkah meningkatkan ketelusan, senarai projek perumahan terbengkalai telah diterbitkan di laman web rasmi kementerian bagi rujukan umum.

“Langkah ini menjadi peringatan tegas kepada pemaju bahawa mereka bertanggungjawab memenuhi kewajipan kontrak dan undang-undang. Kerajaan memandang serius sebarang bentuk pelanggaran,” tegasnya.

Selain itu, kementerian turut memperkukuh penguatkuasaan termasuk tindakan membekukan Akaun Pembangunan Perumahan (HDA) terhadap dua pemaju yang gagal mematuhi syarat undang-undang.

“Pemaju yang diisytiharkan terlibat dalam projek terbengkalai atau menyebabkan projek terbengkalai akan disenaraihitamkan, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Kementerian turut mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 kompaun tahun ini terhadap pemaju yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan tersebut,” jelasnya.

Tidak hanya tertumpu kepada pemaju, Dr Sim menegaskan bahawa kementeriannya juga memantau tingkah laku profesional yang dilantik oleh pemaju seperti arkitek dan jurutera.

“Sehingga kini, satu kes melibatkan salah laku seorang arkitek telah dilaporkan, dan individu tersebut telah dikenakan denda RM60,000 oleh Lembaga Arkitek Malaysia,” ujarnya.

Dr Sim menegaskan bahawa kerajaan negeri komited memastikan industri perumahan Sarawak kekal berintegriti, selamat dan bertanggungjawab demi melindungi kepentingan pembeli serta memastikan pembangunan perumahan berjalan mengikut piawaian.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 17 ADUN angkat sumpah Pembantu Menteri Sabah
Next: 57 projek perumahan swasta sakit di Sarawak; satu diisytihar terbengkalai, pemaju berdepan pendakwaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.