Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: 25,000 pelajar Sarawak di IPT diberi wang saku RM1,200 tahun depan
  • SEMASA

DUN: 25,000 pelajar Sarawak di IPT diberi wang saku RM1,200 tahun depan

Utusan Sarawak 6 months ago

Abang Johari ketika tiba di Kompleks DUN di Petra Jaya. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia akan mendapat wang saku sebanyak RM1,200 setiap pelajar bermula tahun depan.

Berita gembira ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini hari ini.

“Untuk 2025, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pentadbiran saya akan memperkenalkan bantuan kewangan khas untuk pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia dalam bentuk wang saku sebanyak RM1,200 setiap pelajar. 

“Bantuan kewangan ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan,” katanya.

Wang yang diberi adalah untuk dibelanjakan bagi makanan dan barangan keperluan bagi membantu mereka mengurangkan kos sara hidup. 

“Di bawah belanjawan ini, sejumlah sebanyak RM30 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini,” katanya. 

Dengan inisiatif ini daripada pendidikan awal kanak-kanak hingga pendidikan tinggi, beliau berharap pelajar akan meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran dan membantu mereka yang memerlukan peningkatan maju ke peringkat seterusnya dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun, hanya mereka yang mempunyai kad pengenalan yang sah bertanda ‘K’ (Sarawak) akan layak menerima bantuan ini.

Cadangan pemberian wang saku ini mula diumumkan oleh Abang Johari pada Sesi Townhall bertajuk ‘Sarawak Agenda Bersama Premier Sarawak,’ di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur bulan lalu sempena majlis Lan Berambeh.

Bagaimanapun ketika itu Premier Sarawak tidak menyebut nilai wang saku untuk diberi kepada 25,000 pelajar  dan berjanji akan mengumumkan butiran lanjut ketika sidang DUN.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak sedia RM10.9 bilion untuk pembangunan, terbesar dalam sejarah
Next: DUN: Rakyat Sarawak berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah layak terima bantuan RM250 hingga RM800 setahun menerusi SKAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.