Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: 1,433 pelajar tolak pendidikan percuma, sebab terikat dengan tajaan, biasiswa
  • SEMASA

DUN: 1,433 pelajar tolak pendidikan percuma, sebab terikat dengan tajaan, biasiswa

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Dr Annuar Rapa’ee ketika menjawab soalan Safiee Ahmad (Daro-GPS) di sidang DUN Ke-19 di Kompleks DUN, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sebanyak 1,433 kuota pendidikan percuma di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) dibuka semula kepada pelajar lain yang layak selepas penerima asal memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata kebanyakan pelajar yang menolak tawaran itu merupakan pelajar tahun akhir yang masih terikat dengan kontrak penajaan atau biasiswa sedia ada.

“Mereka tidak dapat melanggar kontrak sedia ada. Sekiranya mereka menolak, ini akan membuka peluang kepada pelajar lain untuk menikmati FTES,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Safiee Ahmad (Daro-GPS) pada sidang DUN hari ini.

Dr Annuar berkata kerajaan negeri yakin skim FTES dapat diteruskan pada masa hadapan berikutan peningkatan hasil negeri setiap tahun serta penubuhan Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak.

Katanya, dana tersebut diyakini mampu menjamin kelangsungan agenda pendidikan negeri untuk generasi akan datang.

Setakat ini, katanya seramai 4,694 pelajar dari empat institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak telah menerima tawaran pendidikan percuma menerusi FTES.

Ia melibatkan 172 pelajar di Kolej Universiti i-CATS, Universiti Curtin Malaysia (543), Kampus Universiti Teknologi Swinburne Sarawak (1,959) dan Universiti Teknologi Sarawak (2,020).

“Jumlah ini dijangka terus meningkat susulan pengambilan pelajar baharu pada Jun dan September nanti.

“Kita menyasarkan kira-kira 10,000 pelajar di seluruh Sarawak akan menerima manfaat FTES tahun ini,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Makkah Route ubah lanskap perjalanan haji Malaysia
Next: DUN: Belia perlu lihat pertanian sebagai industri masa depan, bukan kerja kotor dan berbahaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.