Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: 11 lagi projek perumahan untuk B40 akan dibina – Premier Sarawak
  • SEMASA

DUN: 11 lagi projek perumahan untuk B40 akan dibina – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 1 hour ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak akan melaksanakan 11 projek pembangunan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia melibatkan 1,547 unit rumah mampu milik di Kuching, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Ini bagi memastikan akses kepada perumahan mampu milik untuk B40 dan sejumlah RM121 juta akan diperuntukkan kepada Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) tahun hadapan bagi pelaksanaan 11 projek pembangunan perumahan itu.

“Melengkapkan usaha tersebut, RM20 juta akan diperuntukkan kepada Mutiara Mortgage and Credit Sdn. Bhd. bagi menyokong pembiayaan perumahan untuk golongan B40 dan M40, sekali gus memastikan akses lebih meluas kepada perumahan mampu milik.

“Sehingga September 2025, sebanyak RM83.5 juta telah berjaya disalurkan kepada 1,371 pembeli rumah yang layak,” katanya ketika membentang Belanjawan 2026 pada sidang DUN hari ini.

Abang Johari berkata, dalam usaha berterusan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar, kerajaan akan meneruskan Skim Pinjaman Rumah Panjang, iaitu pinjaman tanpa faedah dalam bentuk bahan binaan dan perkakasan.

Di bawah skim ini, RM30,000 setiap pintu disediakan untuk kerja baik pulih, dan RM50,000 setiap pintu untuk pembinaan baharu.

Dari 2022 hingga September 2025, sejumlah RM313 juta telah disalurkan, memberi manfaat kepada 391 rumah panjang, melibatkan 8,033 pintu di seluruh Sarawak.

“Pentadbiran saya akan menyediakan peruntukan tahunan RM50 juta bagi melaksanakan skim ini, memastikan rumah panjang yang layak mendapat bantuan perumahan yang selamat dan bermaruah,” katanya.

Mengenai Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS), beliau berkata ia diperkenalkan pada tahun 2021, bertujuan meringankan beban sewa bagi isi rumah berpendapatan rendah di daerah utama seperti Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

Katanya, isi rumah yang layak dengan pendapatan RM4,556 ke bawah menerima RM200 sebulan selama sehingga 36 bulan.

“Dengan peruntukan sebanyak RM48 juta, skim ini dijangka memberi manfaat kepada 20,000 isi rumah.

“Pada 2024, liputan skim ini diperluas kepada pelajar institusi pengajian tinggi, dan pada 2025, dilanjutkan kepada penjawat awam yang menyewa di kuarters kerajaan.

“Sehingga September 2025, sejumlah 6,457 permohonan telah diluluskan melibatkan RM31.4 juta,” katanya.

Beliau juga berkata Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) akan diteruskan pada 2026.

Dengan peruntukan RM224 juta, skim ini akan menyediakan lot kediaman kepada isi rumah yang layak daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, bagi membantu mereka membina rumah yang selamat dan selesa.

Antara projek yang akan dilaksanakan di seluruh negeri adalah seperti berikut:
1. SPK Gedong
2. SPK Beliong, Asajaya
3. SPK Sambir, Samarahan
4. SPK Semariang
5. SPK Noor Islam, Kuala Lawas
6. SPS Tukau Parabena, Miri
7. SPS Limbang
8. SPS Balingian, Mukah

Projek Pembaharuan Bandar katanya,
akan terus memperkukuh inisiatif pembaharuan bandar dan pembangunan semula kampung yang bertujuan meremajakan penempatan lama dan meningkatkan infrastruktur komuniti.

Beliau berkata, untuk menyokong usaha ini, sebanyak RM247 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung di Kuching, Sibu, Bintulu dan Limbang pada 2026, yang akan dilaksanakan oleh LCDA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Jumlah menteri akan ditambah kepada 15, banding 11 sekarang
Next: DUN: Gaji kakitangan awam Sarawak naik 7% tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.