Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dugaan Ramadan, wanita diuji rumah musnah terbakar
  • KEMALANGAN

Dugaan Ramadan, wanita diuji rumah musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 years ago

Kebakaran yang memusnahkan rumah kediaman seorang wanita di Kampung Hulu 2, Serian pada awal pagi tadi.

SERIAN: Kegembiraan seorang wanita menyambut Ramadan bertukar hiba apabila rumah kediamannya musnah dalam kebakaran di No.15 Kampung Hulu 2 di sini, awal pagi tadi.   

Kejadian pada 4.45 pagi tadi berlaku ketika pemilik rumah, Maznah Abdullah Liam Mail dalam persiapan menyiapkan juadah bersahur.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.54 pagi tadi.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi kira-kira 4 Kilometer dari BBP diketuai dua Pegawai Kanan PPgB Frederick Aok dan PBK I Jlie Umar ke lokasi.

Sebaik tiba, rumah pertama iaitu rumah lama telah terbakar 100 peratus manakala rumah kedua turut terbakar 30 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal 6.06 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Maznah Abdullah Liam Mail berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Turut berada di lokasi kejadian, Komander Operasi PBK I (KUP) Sim Mui Chai bersama dua anggota Plois Diraja Malaysia (PDRM).

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki reput ditemui
Next: Lelaki cedera kereta dipandu terbabas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.