Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Duda ditahan disyaki rakam gambar aib remaja perempuan
  • JENAYAH

Duda ditahan disyaki rakam gambar aib remaja perempuan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki merakam gambar mengaibkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah pasar raya di Kajang, Selangor pada Khamis lalu, yang turut tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata lelaki berusia 48 tahun yang merupakan duda dan mempunyai tiga anak itu ditahan di sekitar Kajang pada 12.15 tengah malam tadi.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit. Suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan telah direman sehari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Penahanan suspek berikutan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada 7.30 malam Khamis lepas, mendakwa seorang lelaki cuba merakam gambar mengaibkan anaknya di kaunter pembayaran pasar raya tersebut.

Naazron berkata tindakan suspek ditegur oleh seorang pengunjung, namun lelaki itu menafikan perbuatannya sebelum beredar meninggalkan pasar raya tersebut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Noriyati Abdullah di talian 016-3516908 atau balai polis berhampiran. -Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Johor rampas dadah bernilai hampir RM9 juta
Next: Man arrested in Kampung Serikin drug raid by Bau Police

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.