Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUBS Sri Aman fokus perkukuh peranan dan aset organisasi
  • Selatan
  • WILAYAH

DUBS Sri Aman fokus perkukuh peranan dan aset organisasi

Utusan Sarawak 1 day ago
ABDILLAH Majid (tengah) merakamkan gambar selepas mempengerusikan Mesyuarat AJK DUBS Sri Aman Bilangan 3/2025 dekat sini malam tadi. Foto DUBS Sri Aman

SIMANGGANG: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya melibatkan pelbagai agenda strategik dalam usaha memperkukuh peranan DUBS sebagai pemacu pembangunan usahawan Bumiputera di kawasan ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi DUBS Sri Aman, Abdillah Majid bersama barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi DUBS Sri Aman.

Tumpuan utama diberikan kepada pengurusan aset organisasi, khususnya melibatkan jentera berat seperti jengkaut dan jentera angkut pengorek, yang berperanan penting dalam membantu ahli menjalankan projek berkaitan pembinaan dan kejuruteraan.

Dalam sesi perbincangan, turut dikemukakan ialah kemas kini keahlian DUBS Cawangan Sri Aman, selaras dengan keperluan untuk mengenal pasti keaktifan ahli serta membuka lebih banyak ruang untuk keahlian baharu.

Abdillah dalam ucapannya turut menggesa lebih ramai usahawan Bumiputera di Sri Aman untuk menyertai DUBS sebagai platform memperkukuh jaringan perniagaan, memperolehi latihan serta menyertai peluang ekonomi yang ditawarkan melalui pelbagai program di bawah DUBS.

“Kita mahu lihat lebih ramai usahawan muda, peniaga kecil mahupun kontraktor tempatan menjadi sebahagian daripada DUBS.

“Ini adalah masa untuk kita bersatu dalam ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh,” katanya.

Mesyuarat turut dihadiri wakil DUBS Pusat termasuk Setiausaha Agung Jezamine Dior, ahli Majlis Eksekutif Awangku Hafizi Awang Azahari, serta Setiausaha Eksekutif, Sarbini Abang.

Kehadiran mereka adalah bagi memberi penerangan teknikal menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) DUBS Sri Aman yang dijadualkan berlangsung Ogos ini.

Antara perkara yang diberi penekanan ialah garis panduan pelaksanaan AGM, tatacara pemilihan jawatankuasa baharu, penyediaan laporan tahunan dan penglibatan aktif ahli dalam proses demokrasi pertubuhan.

Mesyuarat ini membuktikan komitmen tinggi DUBS Sri Aman dalam memperkukuh struktur organisasi serta menyusun strategi ke arah pertumbuhan yang lebih mampan untuk usahawan Bumiputera di peringkat daerah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Naik taraf fasa pertama Stadium Song capai 57.54 peratus, dijangka siap November 2026
Next: Peruntukan RM291 juta projek infrastruktur air di Lundu, atasi krisis air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.