Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua warga Indonesia dipenjara tiga bulan curi baja sawit
  • JENAYAH

Dua warga Indonesia dipenjara tiga bulan curi baja sawit

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENJARA… Dua warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Sarikei.

SIBU: Mahkamah Majistret di Sarikei semalam, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap dua lelaki warga Indonesia selepas mengaku bersalah di atas dua pertuduhan.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Kedua-dua tertuduh menjalani hukuman tiga bulan penjara di Penjara Pusat Sibu bermula dari tarikh tangkapan dan akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak untuk tujuan pengusiran,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu pada 8 Mac lalu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 21 dan 31 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian baja sawit di ladang sawit.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua saspek mendapati pasport perjalanan yang dimiliki telah tamat tempoh.

“Pada petang 7 Mac lalu, lori yang digunakan oleh kedua-dua suspek telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan ladang di pintu utama ke kawasan ladang. 

“Hasil pemeriksaan mendapati lori yang digunakan membawa baja-baja milik ladang yang disyaki dicuri oleh kedua-dua suspek. Tangkapan telah dibuat oleh pihak polis setelah dimaklumkan berkenaan kejadian dan penahanan tersebut,” ujarnya.

Katanya, siasatan telah dilaksananakan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. 

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua tangkapan positif dadah jenis Amphetamine / Methamphetamine.

“Penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tempoh empat hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” ujarnya lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga suspek ditahan kes curi kenderaan dalam Ops Lejang Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.