Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua warga emas uzur terima bantuan katil pesakit boleh laras di Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua warga emas uzur terima bantuan katil pesakit boleh laras di Bintangor

Utusan Sarawak 10 hours ago
WONG BAK LOCK (baring) bergambar bersama Wong Soon Mee (kanan), Tuai Rumah Kinchu Ajan (kiri) dan ahli keluarganya.
Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Dua warga emas yang terlantar sakit di rumah telah menerima bantuan katil pesakit boleh laras bagi memudahkan urusan penjagaan harian mereka, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Huang Tiong Sii. 

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk memastikan kebajikan rakyat, khususnya golongan warga emas yang uzur dan mempunyai pergerakan terhad, sentiasa diberi perhatian.

“Bantuan katil pesakit boleh laras ini amat penting bagi memudahkan urusan penjagaan harian pesakit di rumah, selain membantu ahli keluarga menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

“Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei telah mengenal pasti dua warga emas yang mengalami masalah kesihatan serius dan layak menerima bantuan tersebut berdasarkan keperluan semasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, seorang daripada penerima ialah Lai Tho Shiong, 75, dari Jalan Siew Bakong yang mengalami keretakan tulang sehingga menjejaskan keupayaan untuk bergerak seperti biasa.

“Turut menerima bantuan ialah Wong Bak Lock, 69, dari Jalan Sungai Bakong, menghidap strok menyebabkannya memerlukan penjagaan rapi,” katanya. 

Sesi penyerahan dan pemasangan katil tersebut telah dilaksanakan oleh pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei yang diketuai oleh Wong Soon Mee dan Tuai Rumah Kinchu Ajan dalam satu lawatan ke kediaman penerima pada hari ini.

Dalam pada itu, ahli keluarga penerima merakamkan penghargaan atas keprihatinan Tiong Sii yang sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat setempat, selain menyifatkan bantuan tersebut sebagai bukti komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kampung Tanjung Hilir johan pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri Saratok
Next: Gerawat serahkan cek peruntukan MRP kepada 23 penerima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.