Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua warga emas di Sarikei terima bantuan katil pesakit
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua warga emas di Sarikei terima bantuan katil pesakit

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGHULU Huang Tiong Kang (kiri) bergambar bersama Wong Ching Tiong @ Wong Ching Ting (baring) dan keluarga. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan katil pesakit kepada dua warga emas bagi memudahkan urusan penjagaan harian mereka.

Katanya, bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau membantu golongan memerlukan khususnya warga emas dan pesakit terlantar di kawasan Repok.

“Setiap masyarakat yang memerlukan bantuan wajar diberi perhatian sewajarnya.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu keluarga pesakit dan memudahkan urusan penjagaan harian mereka,” katanya ketika dihubungi.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, sumbangan pertama diberikan kepada Wong Ching Tiong @ Wong Ching Ting, 85, yang menetap di Jalan Rejang.

“Seorang lagi penerima ialah Wong Hie Kwong, 87, yang tinggal di kawasan 3 1/2 Jalan Repok.

“Kebajikan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dan saya akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang, bangsa dan kaum.

“Bantuan katil pesakit amat penting bagi memberikan keselesaan kepada pesakit selain membantu ahli keluarga dalam mengurus penjagaan harian dengan lebih mudah dan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan Pusat Khidmat Repok yang diketuai Penghulu Huang Tiong Kang telah turun padang bagi menghantar dan memasang katil pesakit di kediaman penerima pada semalam.

Ahli keluarga penerima turut diberikan tunjuk ajar mengenai cara penggunaan katil tersebut bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pesakit.

Kedua-dua keluarga penerima turut menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dato’ Sri Huang Tiong Sii terhadap pesakit dan keluarga mereka.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 35 bungkusan sumbangan Gawai diagih kepada petugas IPD Bau
Next: Warga emas hilang sejak hadir pengebumian masih belum ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.