Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua warga emas cedera dalam kemalangan di Roban
  • KEMALANGAN

Dua warga emas cedera dalam kemalangan di Roban

Utusan Sarawak 7 hours ago

Kemalangan membabitkan Perodua Axia dan motosikal di pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Roban, pagi tadi. Foto: APM Saratok

SARATOK: Dua warga emas cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan Perodua Axia dan motosikal di pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Roban, pagi tadi.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.56 pagi sebelum segera menggerakkan skuad ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati dua mangsa yang menaiki motosikal terbaring di tengah jalan dengan kecederaan di bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa lelaki berusia 69 tahun dan mangsa perempuan berusia 64 tahun itu telah diberikan rawatan awal oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dengan bantuan anggota APM di tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Saratok menggunakan ambulans KKM dan bomba untuk rawatan lanjut, dengan anggota APM membantu sepanjang perjalanan.

Operasi melibatkan seramai empat anggota APM Saratok serta kerjasama agensi lain termasuk anggota bomba, KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Jet terhempas di North Carolina, tujuh maut termasuk bekas pemandu NASCAR
Next: Nelayan maut terjatuh akibat gelombang kuat di perairan Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.