Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua wanita, seorang lelaki ditahan terlibat judi dalam talian di Lawas
  • JENAYAH

Dua wanita, seorang lelaki ditahan terlibat judi dalam talian di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
AKTIVITI JUDI… Tiga suspek bersama rampasan barang bukti di kedai yang menjalankan aktiviti perjudian di bandar Lawas, hari ini. Foto IPD Lawas

LAWAS: Polis Daerah Lawas telah melakukan serbuan di beberapa premis di sini yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memberitahu bahawa serbuan dilakukan bermula 12.10 pagi hingga 2.00 pagi.

Polis berjaya menahan dua wanita dan seorang lelaki secara berasingan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan judi dalam talian.

AKTIVITI JUDI… Tiga suspek bersama rampasan barang bukti di kedai yang menjalankan aktiviti perjudian di bandar Lawas, hari ini. Foto IPD Lawas

“Tangkapan pertama melibatkan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penjaga kedai. Polis turut merampas telefon bimbit beserta wang tunai.  

“Tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang bekerja sebagai buruh, ditahan semasa sedang makan malam. Pemeriksaan lanjut mendapati telefon bimbit milik suspek mengandungi aplikasi judi dalam talian. Polis turut merampas telefon bimbit dan wang tunai.

“Tangkapan ketiga melibatkan seorang wanita tempatan berusia 24 tahun, bekerja sebagai penjaga kedai, ditahan semasa berada di premis terbabit. Polis juga merampas telefon bimbit beserta wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan rekod mendapati semua suspek tiada kesalahan lampau. Ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan permohonan perintah reman akan dibuat untuk siasatan lanjut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan disyaki terlibat jual beli kad ATM dan pindahan wang penipuan dalam talian
Next: Dua suspek pergaduhan di Trusan berjaya ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.