Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua wanita maut, seorang cedera parah dalam kemalangan kereta terbabas
  • KEMALANGAN

Dua wanita maut, seorang cedera parah dalam kemalangan kereta terbabas

Utusan Sarawak 2 days ago
KEMALANGAN melibatkan kenderaan SUV terbabas di Lebuh Raya Pan Borneo Betong-Sarikei berhampiran Rumah Panjang Melayu Ulu, petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas di Lebuh Raya Pan Borneo Betong-Sarikei berhampiran Rumah Panjang Melayu Ulu, petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan kecemasan pada 5.58 petang sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati sebuah SUV terbabas ke bahu jalan dan terdapat tiga mangsa tersepit di dalam kenderaan. 

“Seorang lelaki dewasa tersepit di bahagian pemandu manakala dua wanita dewasa berada di bahagian penumpang hadapan dan belakang,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

PGO berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.35 malam.

Dua wanita yang berusia lingkungan 20-an dan 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala lelaki berusia 40-an yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti kerana dokumen pengenalan diri tidak ditemui di lokasi kejadian.

Selain BBP Betong, operasi menyelamat turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan pasukan perubatan KKM.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Polis pengiring Istana Negara maut kemalangan
Next: Driver crashes into pharmacy glass panel while parking

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.