Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua wanita ditahan suspek terlibat judi dalam talian dan loteri haram
  • JENAYAH

Dua wanita ditahan suspek terlibat judi dalam talian dan loteri haram

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERBUAN PERTAMA…Dua wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian atas talian (online) dan loteri awam tanpa lesen dalam serbuan berasingan di Selangau, semalam. Foto IPD Mukah

SELANGAU: Dua wanita tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian serta loteri awam tanpa lesen menerusi Op Dadu yang dijalankan di dua lokasi berasingan di Selangau, semalam.

Operasi 2.00 petang itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan pertama dilakukan pada lebih kurang 2.50 petang di premis perniagaan serbaneka berhampiran sebuah stesen minyak di pekan Selangau.

Katanya, pasukan itu telah menahan seorang wanita warga tempatan berumur 34 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian. 

“Hasil pemeriksaan di kaunter premis telah menjumpai satu unit telefon pintar yang mengandungi laman sesawang trich88.com yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian atas talian (online).

“Selain telefon pintar, wang tunai berjumlah RM105 turut dirampas untuk dijadikan sebagai barang kes. Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. 

“Ujian urin ke atas suspek mendapati beliau negatif dadah. Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Muhamad Rizal berkata, serbuan kedua dilakukan lebih kurang 3.40 petang di sebuah premis perniagaan serbaneka di pasar baru Selangau.

Katanya, seorang wanita warga tempatan berumur 34 tahun kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian. 

“Hasil pemeriksaan di kauter premis pasukan itu telah menjumpai satu unit telefon pintar mengandungi aplikasi yang dipercayai digunakan untuk aktiviti jual beli loteri awam tanpa lesen.

“Selain telefon pintar, barang lain bersama suspek iaitu mesin pencetak, kertas putih, pensil dan wang tunai berjumlah RM92 turut dirampas untuk dijadikan sebagai barang kes,” ujarnya.

Katanya, suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD mukah untuk tindakan lanjut, ujian urin mendapati suspek negatif dadah. 

“Kes disiasat dibawah Seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan miliki syabu di rumah panjang Engkilili
Next: JKDM Sibu tumpas sindiket penyimpanan di rumah kosong, rampas rokok dan arak tidak berkastam RM1.36 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.