
MIRI: Dua unit sublot kedai di tingkat bawah sebuah bangunan kekal dua tingkat di Pekan Lapok, Baram, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, panggilan kecemasan diterima pada 5.48 pagi sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 107 kilometer.
“Kebakaran membabitkan dua sublot kedai di tingkat bawah bangunan, dan pemadaman awal dijalankan oleh enam anggota Pasukan Bomba Komuniti Pekan serta PBS Tuai Rumah Salin,” katanya.
Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pasukan bomba masih menjalankan operasi pemadaman.
Oleh Liong Chai Ling