Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang pelayaran dan imigresen
  • Utara
  • WILAYAH

Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang pelayaran dan imigresen

Utusan Sarawak 10 hours ago
DITAHAN…Dua tongkang tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri  kerana gagal mematuhi undang-undang perkapalan dan imigresen.

MIRI: Dua tongkang tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri dalam satu operasi bersepadu awal pagi semalam.

Dua tongkang itu ditahan  kerana gagal mematuhi undang-undang perkapalan dan imigresen.

Pengarah Zon Maritim Miri, Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan dilakukan antara 1.15 pagi hingga 2.05 pagi di kedudukan sekitar 2.45 hingga 2.8 batu nautika barat laut Tanjung Baram.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua tongkang tersebut gagal mengemukakan dokumen penting termasuk Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL), dokumen pendaftaran kapal serta sijil statutori, sekali gus melanggar peruntukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

DITAHAN…Dua tongkang tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri  kerana gagal mematuhi undang-undang perkapalan dan imigresen.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati enam kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, sekali gus menyalahi Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Mohd Khairol berkata, kesemua vesel tersebut dikendalikan oleh kru pelbagai warga negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Myanmar, berusia antara 23 hingga 65 tahun.

Susulan itu, perintah tahanan telah dikeluarkan terhadap kedua-dua tongkang berkenaan sebelum diiring ke pejabat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang ingkar undang-undang, khususnya melibatkan aspek keselamatan perairan negara serta pematuhan peraturan imigresen.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan negara kekal selamat, terkawal dan bebas daripada sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau  082-432016 untuk tindakan segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lingga pacu transformasi inklusif, lima resolusi jadi teras masa depan
Next: RM11.5 juta pacu pembangunan Kampung Sessang sejak 2018

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.