Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua timbalan menteri angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua
  • NASIONAL

Dua timbalan menteri angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua

Utusan Sarawak 2 hours ago
DUA timbalan menteri Datuk Dr Fuziah Salleh dan K. Saraswathy angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara. Selamat menjalankan amanah hingga 2028.

KUALA LUMPUR: Dua timbalan menteri mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Mereka ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.

Mereka kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 10 Disember 2022.

Dalam ucapannya, Awang Bemee mengucapkan tahniah kepada kedua-dua senator atas pelantikan semula.

Beliau berkata pelantikan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan berkuat kuasa bermula hari ini hingga 9 Disember 2028, selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Selamat menjalankan amanah serta selamat berkhidmat,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Australia kuat kuasakan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun, pertama di dunia
Next: IATA sambut baik sambung pencarian MH370, penting untuk rungkai kebenaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.