Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua terkorban, 185 selamat
  • TEMPATAN

Dua terkorban, 185 selamat

Utusan Sarawak 5 years ago

MIRI: Dua kru kapal Dayang Topaz terkorban manakala 185 lagi terselamat dalam tragedi kapal karam di 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, di sini semalam.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata sebanyak tiga kapal dan sebuah bot APMM berpangkalan di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell telah dikerahkan ke lokasi berkenaan bagi Operasi CARILAMAT.

“Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya telah menerima aduan daripada kapal Sapura Construction yang melaporkan isyarat kecemasan daripada kapal, pada 6.45 pagi.

“Sejurus selepas mendapat laporan tersebut, Operasi CARILAMAT terus diaktifkan pada jam 7.00 pagi yang dikoordinasikan sepenuhnya oleh MRCC Putrajaya dan MRSC Kuching,” katanya melalui kenyataan semalam.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Wanita PBB sokong keputusan Agong
Next: Guru didesak mengajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.